Booth Mini Falken Di DTM Car Tech Auto Services

Jelajah 'booth' mini Falken diteruskan lagi di lokasi yang telah ditetapkan bagi promosi ekstravaganza produk dan juga pakej-pakej hebat dari Falken Malaysia. Pada kali ini, 'booth' mini tersebut telah meletakkan 'booth' mini mereka di DTM Car Tech Auto Services Sdn Bhd yang terletak di Bandar Baru Sungai Buloh.

Di 'booth' mini tersebut, Falken Malaysia telah menawarkan pelbagai hadiah menarik disamping promosi hebat yang telah ditawarkan kepada para pelannggan. Pelanggan yang mengisi borang di 'booth' tersebut juga turut diberi cenderahati istimewa dari Falken. Disamping itu juga, pelanggan turut berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah yang disediakan dengan pelbagai hadiah yang sangat hebat.

Seperti yang dapat dilihat, promosi yang telah diadakan ini telah dapat menarik banyak perhatian daripada pelanggan untuk mengenali tayar Falken serta dapat merapatkan lagi hubungan di antara jenama Falken dengan mereka. Dengan pakej dan tawaran hebat yang telah diberikan, ianya sedikit sebanyak dapat menggembirakan para pelanggan.

Terdapat banyak pilihan tayar Falken dan juga rim berjenama Rays bagi kereta anda boleh didapati di DTM Car Tech Auto Services. Anda tidak perlu risau kerana semua kakitangan yang bertugas pasti akan memastikan anda sangat berpuas hati dengan layanan dan servis dari mereka!

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh layari laman Facebook Falken Malaysia atau hubungi mereka di talian +603 5569 3094/3397.