Falken Tyres JB Roadshow 2014

Acara tahunan Falken Tyres Roadshow menawarkan pelbagai tawaran hebat kepada warga Johor Bahru

Setelah kejayaan acara Falken Roadshow di Pulau Pinang Julai yang lepas, acara ini sekali lagi telah berlangsung dengan jayanya di selatan tanah air. Falken Tyres JB Roadshow telah diadakan dari 11 hingga 16 November yang lalu dengan menawarkan pelbagai tawaran hebat serta kemeriahan yang sangat tidak dapat dilupakan bagi ramai penggunanya di sana.

Acara ini diadakan adalah secara tidak langsung bertujuan untuk memperkenalkan dengan lebih dekat lagi jenama Falken ini sebagai sebuah pengeluar tayar yang terkemuka di Malaysia dan dunia. Falken Tyres Roadshow pada kali ini juga turut disertai oleh beberapa pengedar jenama Falken di selatan iaitu Sinwufu dan Soh Brothers. Acara ini bertambah lebih menarik dengan kehadiran duta-duta Falken yang cantik di sepanjang acara tersebut berlangsung.

Kemeriahan semasa acara tersebut dapat dilihat dengan pelbagai aktiviti serta permainan hebat yang telah disediakan dengan pelbagai hadiah yang menarik serta lumayan antaranya ‘Slot Car Racing’ dan ‘Win & Spin’. Kesemuanya disediakan dengan pelbagai hadiah serta cenderamata bagi mereka yang berjaya memenangi permainan tersebut. Selain itu, pertandingan mewarna turut disediakan bagi kanak-kanak yang datang bersama-sama dengan ibu bapa mereka. Disamping itu, mereka juga turut disediakan dengan ‘pop corn’ serta ‘cotton candy’ percuma. Mata pengunjung juga pastinya turut bertumpu ke demo membuat penanda buku berbentuk haiwan dan juga termometer bermagnet untuk diletakkan pada peti sejuk.

Bagi mereka yang ingin membuat pembelian tayar Falken pula, pelbagai tawaran diskaun hebat bagi setiap pembelian tayar bermula dari serendah RM 119 untuk tayar bersaiz 14 inci dan sehingga RM 1188 untuk tayar bersaiz 20 inci yang berprestasi tinggi. Tidak cukup dengan tawaran tersebut, seorang pemenang juga telah berjaya memenangi satu set tayar Falken dalam satu majlis cabutan bertuah yang telah diadakan pada hari terakhir acara tersebut.

Untuk maklumat terkini serta yang lebih lanjut, layari www.stamfordtyres.com.my atau ikuti "Falken Malaysia" di Facebook. Selain itu, anda juga boleh hubungi mereka di talian 03-5569 3094 / 03 5569 3397.