Lawatan Intensif Pengedar Rovelo Ke Qingdao, China

Qingdao merupakan sebuah bandar yang sangat cantik dan indah terletak di tepi pantai lengkap dengan pakej udara yang segar serta pemandangan laut mempersonakan di tenggara Wilayah Shandong, China. Tempat tersebut merupakan destinasi untuk "Rovelo Dealers Incentive Trip" yang telah dianjurkan oleh pihak STC Tyre Mart S/B-Bahagian Jualan Stamford Tyres Malaysia. Lawatan ini adalah sebahagian daripada intensif terancang Rovelo setiap tahun bagi rangkaian pengedar sah yang berpengkalan di Malaysia.

Trip selama 5 hari dan 4 malam (17-21 Mei) ini merupakan kumpulan yang besar bagi pengedar sah Rovelo diiringi bersama wakil-wakil dari Rovelo iaitu Chen Huang, Will Yan, Niclas Asteberg, Vincent Liu, Zhen Fan, Jason Jiang and Pu Han serta wakil-wakil dari Stamford Tyres (M) iaitu Mr. Ang Beng Loo dan Mr. Jackie Ong bagi berkunjung ke tempat-tempat yang menakjubkan serta terkenal dan mempunyai tarikan unik di Qingdao.
Bandar Qingdao yang pesat membangun dengan kapasiti penduduk 2.8 juta orang telah menjadi tuan rumah kepada rombongan pengedar sah Rovelo Malaysia yang terdiri daripada pengasas/pengurus atasan dan wakil besar pengedar Rovelo : Ban Hooi, DeJaya Auto, Emkay Tyres, YL Best Tyre, GKX Trading ,Soon Jaya, Long March Tyres, Klang Hin Leong and Klang Hock Li, CKP , Oscar Tyres dan Yali.

Sehari selepas sampai di Qingdao, satu majlis 'Dealer Appreciation Dinner' dan cabutan bertuah telah diadakan di Laoshan Villa.

Antara tempat menarik yang telah dimasukkan ke dalam jadual para pengedar Rovelo ini adalah kilang R&D Center, lawatan kilang PCR, Laoshan Southern Face yang juga dikenali sebagai 'the cradle of Taoism', mengutip buah ceri, lawatan ke Qingdao's Old Town, lawatan ke kilang Tsingtao Beer serta banyak lagi.

Dua motto utama jualan Rovelo Tyres iaitu "nilai yang menakjubkan untuk wang" serta "penjagaan alam sekita" dan kerana itulah juga berfungsi sebagai penggerak disebalik jenama Rovelo. Diasaskan di China pada tahun 2010, Rovelo telah mensasarkan kemasukkan ke dalam pasaran secara berperingkat dengan menawarkan kepada para pengguna satu pilihan ekonomi, boleh dipercayai dan cekap dalam pasaran tayar. Untuk pasaran Malaysia pula, Rovelo menawarkan empat model tayar iaitu RHP-A68, RHP-788, RCM-601 dan SPORT-A1.

Rovelo RHP-A68 menampilkan corak bunga tidak simetri bagi tahap kestabilan semasa mengambil selekoh yang baik dan juga cengkaman pada permukaan basah yang cemerlang. Pusat pelbagai dimensinya pula direka untuk memberi lebih penguasaan ketika membrek dalam semua keadaan cuaca manakala tetulangnya pula membantu dalam pergerakkan yang lebih lancar disamping jangka hayat bunga tayar yang lebih lama. Rekaan RHP-788 pula dibina dengan empat alur lilitan yang luas bagi kadar cengkaman yang lebih baik pada keadaan basah serta pergerakkan tayar lebih senyap dan lancar.

'Solid center rib'nya pula direka supaya tayar tidak mudah haus dan juga dapat kelajuan kenderaan tidak terganggu serta kekal stabil.

Model Sport-A1 juga disediakan untuk pasaran di Malaysia.Rovelo Sport- A1 yang sangat berprestasi tinggi. Ianya direka dengan corak bunga tidak simetri bagi tahap kestabilan yang baik serta daya imbangan yang cemerlang walaupun dalam keadaan basah. Reka bentuk berombak pada rusuk luar pula berfungsi untuk mengurangkan kadar bunyi bising semasa tayar bergerak disamping meningkatkan kadar cengkaman di semua sudut tayar. Akhir sekali adalah tayar komersil Rovelo RCM-601. Model ini mempunyai corak pelbagai arah untuk ketahanan yang lebih kukuh, biasan air yang cekap dalam keadaan basah disamping rekabentuknya yang selesa bagi sesi pemanduan yang lebih baik.