Siaran Langsung Perlawanan Pasukan Liverpool Dianjurkan Oleh Falken Malaysia & KL Kopites

Sebagai antara pasukan yang berada di kelompok tangga 3 teratas, Liverpool semakin berusaha keras bagi mencapai gelaran juara EPL. Oleh itu, sebagai rakan kongsi global dan tayar rasmi untuk kelab bola sepak inggeris yang sangat popular itu, Falken Tyres Malaysia bersama-sama dengan KL Kopites (Kelab Penyokong Rasmi LFC Kuala Lumpur) telah menganjurkan tontonan secara langsung perlawanan di antara Liverpool dan Tottenham Hotspur pada 5 Februari lepas di Highlanders, Kelana Jaya.

Dengan kedua-kedua pasukan merupakan anatara pesaing utama dalam Liga Perdana Inggeris musim ini, perlawanan ini merupakan salah satu yang amat penting dalam menentukn kedudukan dalam liga dengan Liverpool ditangga ke-3 manakala Tottenham turun di tempat ke-5.

Sesi pendaftaran bagi sesi tontonan siaran langsung itu telah dibuka oleh Falken Malaysia pada jam 10.30 malam 4 Februari  dan KL Kopites telah sampai kemudiannya sebelum perlawanan itu bermula pada jam 12.30 tengah malam seperti yang dijadualkan. Turut dialu-alukan pada acara tersebut adalah Ketua Pegawai Eksekutif Stamford Tyres Malaysia, Mr. Cham Soon Kian bersama-sama Ms. Chye Chew Yong (Penolong Pengurus Pebelian & Pemasaran STM) serta pasukan pemasaran Stamford Tyres.

Setelah semua tetamu dan juga para penyokong serta pelanggan Highlanders masuk, mereka telah diberi satu beg 'goodie' yang mengandungi minuman dan juga kad skor ramalan. Mereka turut berpeluang mendapat hadiah cenderahati terhad Falken dengan menyiarkan cara yang paling kreatif di laman Facebook bersama 'hashtag' #FalkenMalaysia #FalkenLFC2018.

Permainan bermula dengan sangat cemerlang untuk Liverpool kerana baru sahaja 3 minit memulakan perlawanan, gawang pasukan Tottenham telah dibolosi oleh jaringan dari Mohamed Salah. Walaubagaimanapun, dengan berbaki 10 minit akhir sebelum masa perlawanan tamat, Tottenhm telah menyamakan kedudukan sekaligus membuatkan mereka terpaksa bermain sehingga waktu kecederaan. Perlawanan berakhir dengan kedudukan 2-2 setelah 95 minit berhempas pulas bersama penalti.
Hasil keputusan itu, Encik Sashi Nair telah memenangi set tayar Falken berukuran 15 inci yang telah ditaja oleh STM Falken Malaysia hasil daripada ramalan beliau yang sangat tepat.